Tetap solat walaupun sakit

Solat adalah kewajiban yang mesti dilaksanakan walaupun ketika sakit, indahnya islam ini walaupun solat itu wajib dilakukan tetapi kita diberikan kelonggaran untuk solat dengan cara yang berlainan dengan orang yang sihat. Adalah amat penting kita mengetahui ilmu ini, manalah tahu mungkin kita akan sakit yang menyebabkan kita tidak boleh solat seperti biasa atau pun terkena pada keluarga kita. Jika kita pergi ke hospital anda boleh lihat berapa ramai mereka yang beragama Islam  tidak solat, di hospital ada juga yang memberikan khidmat bantuan solat untuk pesakit, namun ada banyak kelemahannya, tidak perlulah saya nyatakan di sini, anda boleh lihatlah sendiri. Baru-baru ini emak saya dimasukkan ke wad ICU, tahun ini raya macam tak raya, Allah sahajalah tahu kesulitan yang saya sedang hadapi sekarang, bagi anda yang ada pengalaman, saya pasti anda fahamkan, saya harapkan anda semua doakan kesembuhan emak saya. Atas apa yang berlaku ini banyak perkara yang saya belajar, kalau nak ikut panjang ceritanya tetapi apa yang saya boleh simpulkan di sini adalah soal KEJAHILAN, memang benar satu perkataan sahaja yang sesuai JAHIL, jahil atas banyak perkara dan oleh setiap individu. Ini bukan atas fikiran khayalan saya tetapi realiti yang sebenar yang sedang saya hadapi sekarang ini. Saya amatlah menyarankan anda belajar dengan detail surah alfatihah, pergilah klik video post yang pernah saya buatkan itu, dengan mengetahui tafsiran itu, ia mampu menjawab realiti seluruh kehidupan yang kita lalui ini. Saya agak terkilan kerana post tasiran alfatihah ini tidak banyak diihat berbanding post mengaji alquran mp3, ikhlas saya katakan amat rugi anda tidak mengambil manfaat dalam alquran.

Di sini saya ada beberapa klip video yang dibuat oleh kementerian kesihatan dengan kerjasama jakim, tentang panduan wudhuk dan solat untuk orang sakit. Bagus video ini tetapi kalau boleh diperincikan lagi, satu persatu dan ditunjukkan realiti sebenar orang yang sakit berwudhuk dan solat.


Video | Posted on by | Tinggalkan komen

web pelitasufi.blogspot kini berwajah baru

Khas untuk anda Salam Ramadan kini blog kedua saya di pelitasufi.blogspot.com berwajah baru – kesemua pdf, pptx, mp3 dan video yang saya buat selama lebih kurang dua tahun di blog wordpress ini, digabungkan dalam satu laman web page.

Dengan menggunakan blogspot saya boleh reka web template yang lebih fancy dan menarik. Bukan kat wordpress ini tidak boleh buat tetapi agak terbatas untuk yang free🙂. Jika anda ingin lihat atau muat turun klik kat sana ok.

Posted in Islamic PDF E-book Malay Version | Tinggalkan komen

Praktikal Ibadah Umrah Satu Persatu

Praktikal Ibadah Umrah Satu Persatu

Setiap dari umat Islam mendambarkan untuk pergi menuaikan haji dan umrah setidak-tidaknya sekali dalam seumur hidupnya. Bagi mereka yang berkesempatan untuk ke sana amatlah rugi jika peluang ini disia-siakan kerana tidak mempelajari ilmu ibadah ini dengan sebaik-baiknya (tahu dan faham serta melaksanakannya dengan sempurna). Sebab itulah amat dituntut bagi setiap umat Islam yang ingin menuaikan ibadah haji dan umrah agar mempelajari ibdah ini tanpa lalai. Kelalaian ini mungkin akan menimbulkan masalah yang besar dan lebih mendukacitakan lagi ibadah kita tidak sah kerana melangar syarat-syarat sah dan rukun dalam ibadah ini.

Kesempurnaan dari melakukan ibdah ini akan memberi impak yang besar iaitu haji umrah yang haji mabrur. Tiadalah balasan haji umrah yang mabrur inn melainkan syurga.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasullah s.a.w bersabda

“Dari satu umrah ke umrah adalah penebus dosa di antara kedua-duanya dan tiadalah balasan bagi Haji Mabrur melainkan Syurga”

Grade : Sahih (Darussalam)

Terjermahan dari English reference : Vol. 1, Book 25, Hadith 2888

Arabic reference : Book 25, Hadith 3000

http://sunnah.com/ibnmajah

CaptureWiz005

Maka di sini saya telah buatkan slaid Powerpoint Praktikal Ibadah Umrah Satu Persatu supaya dengannya dapatlah menambahkan ilmu dan kefahaman kita mengenai ibadah yang wajib ini. Sumber rujukan adalah sepenuhnya diambil dari Lembaga Tabung Haji Malaysia – Video Siri Panduan Ibadah Umrah dan Ziarah DVD. Dalam slaid ini saya persembahkan pembelajaran ibdah umrah dalam bentuk gambarajah dan grafik. Anda boleh buat rujukan dengan pantas dan boleh mengulanginya beberapa kali dan di simpan terus ke dalam sistem komputer anda. Jika terdapat sebarang kesilapan sila maklumkan terus kepada saya menerusi komen di blog saya ini.

1. Satu Persatu Dalam Ibadah Umrah 001.pptx (29mb)

2. Satu Persatu Dalam Ibadah Umrah 002.pptx (11mb)

3. Satu Persatu Dalam Ibadah Umrah 003.pptx (26mb)

4. Satu Persatu Dalam Ibadah Umrah 004.pptx (53mb)

5. Satu Persatu Dalam Ibadah Umrah 005.pptx (18mb)

Posted in Islamic PDF E-book Malay Version | Tinggalkan komen

Tafsir Al-Fatihah – Meliputi Sejarah, Makna Prakata dan Tafsiran

Tafsir al-Quran Surah Al-Fatihah

Jika anda inginkan paparan yang lebih jelas dan besar dalam bentuk slaid, Dibawah ini saya ada muat naik fail berformat Powerpoint PPTX, saya cadangankan anda menggunakan Microsoft PowerPoint Viewer untuk membuka fail ini.

1. PELAJARAN 01– Mengenali alQuran.pptx (33mb)
2. PELAJARAN 02 – Asas Makna Prakata ASAS MAKNA.pptx (45mb)
3. PELAJARAN 03 – Muqaddimah Sejarah, Kepentingan dan Keunikkan.pptx (14mb)
4. PELAJARAN 04 – Tafsir ayat 1-3.pptx (33mb)
5. PELAJARAN 04 – Tafsir ayat 4-7.pptx (32mb)

Video yang lengkap berkenaan Surah AL-Fatihah meliputi sejarah al-Quran, sejarah dan penurunan Surah al-Fatihah, ciri-ciri dan keunikan surah al-Fatihah, belajar makna setiap perkataan dalam surah al-Fatihah, dan juga tafsir mengenai surah ini.

Teruskan membaca

Video | Posted on by | 1 Komen

Bukti Kewujudan ALLAH – Gunung mempunyai ‘akar tunjang’ Menurut alQuran

 Tonton Video di Youtube : Bukti Kewujudan ALLAH

Published on Apr 30, 2014

Peranan penting gunung, yang telah ditemui oleh geologi moden dan penyelidikan seismik, telah pun diwahyukan di dalam Qur’an beberapa abad lalu (lebih 1400 tahun) sebagai satu contoh kebijaksanaan yang tertinggi dalam ciptaan Allah.

Teruskan membaca

Video | Posted on by | Tinggalkan komen

Kenali Qari kita Sheikh Mishary Rashed Alafasy

Tuan Sheikh Mishary Rashed Alafasy, beliau merupakan salah seorang qari yang terkenal dengan suaranya yang lunak, beliau juga seorang penyanyi nasyid. Selain dari itu beliau merupakan seorang imam Masjid Al-Kabir di bandar Kuwait. Sheikh Mishary Rashed AlafasyBeliau dilahirkan pada 5 September 1976 di negara Kuwait. Beliau sudah berkhawin, mempunyai dua orang puteri dan seorang putera, beliau juga digelar dengan gelaran “Abu Norah”.

 Beliau berpendidikan di kolej Quran dan Pengajian Islam di Universiti Islam Madinah, mengambil pengkhususan 10 Qiraat al-Quran dan penterjemahannya.

Teruskan membaca

Posted in Islamic PDF E-book Malay Version | Tinggalkan komen

Bukti Kewujudan ALLAH – Tulisan alQuran di Kulit Bayi

Tonton Video di Youtube : Bukti Kewujudan ALLAH

Published on Apr 29, 2014

Pada tahun 2009, dunia digemparkan perkara ganjil yang berlaku pada seorang bayi di kawasan perkampungan terpencil di Dagestan, Rusia.
Kemunculan ayat-ayat suci alQuran pada kulit bayi lelaki berusia 9 bulan itu, masih dalam misteri sehingga kini. Teruskan membaca

Video | Posted on by | Tinggalkan komen

doa untuk mh370 dan ikhwan529

pray4mh370nikhwan529

 

Harapan saya agar semuanya tabah menghadapi dugaan yang paling getir ini. Ambillah iktibar dan pengajaran pada apa yang berlaku ini, dengan itu ia lebih menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi kehidupan dunia ini.

Posted in Islamic PDF E-book Malay Version | Tinggalkan komen

Audio Flash Player Bacaan alQuran

Akhirnya saya berjaya menyiapkan audio MP3 bacaan al Quran dalam format Flash Player. Jika anda berminat sila ke web yang baru saya buat di pelitasufi.blogspot. Kenapa kat sana lak..? sebabnya wordpress tidak membenarkan penggunanya “embed” file .swf kat web percuma dia… Anda boleh mendengar bacaan alquran kat mana-mana janji ada “line” internet yang mempunyai kepantasan bukan seperti siput yang berlari🙂.

UPADATE 8/6/14- saya dah buat tampalan quran mp3 player kat depan web ini, jadi jika anda nak dengar bacaan quran tidak perlu ke blogspot ini. sesiapa nak tampal kat web masing2 sila beritahu saya di ruang komen.🙂

Teruskan membaca

Aside | Posted on by | Tinggalkan komen

Selamat Datang Bulan Ramadhan alMubaraq 2013

Assalamualaikum kepada saudara pembaca semoga sentiasa dalam kerahmatan Allah hendaknya semua. AlhamdulliAllah semoga Allah memanjangkan usia kita dalam pertemuan di bulan Ramadan yang akan menjelma tidak beberapa lama lagi, Insya Allah. Macam biasalah banyak carian mengenai puasa Ramadan dan sembahyang terawih akan melanda di enjin carian ketika ini. Dalam blog ini saya telah menyediakan beberapa buah e-book yang saya telahpun  disediakan semenjak tahun lepas lagi (2012).

Sekali lagi saya mohon kemaafan kerana tidak dapat lagi menyediakan ebook-ebook yang baru pada ketika ini kerana sistem komputer saya masih ada masalah (maklumlah dah hampir sedekad- kini dalam proses nak beli baru Insya Allah ). Namun bergitu ebook saya, anda boleh gunakan tanpa ada tarikh lupus. Selain dari itu anda boleh juga muat turun e-book saya yang berformat flash video iaitu dalam kategori Mengaji Dengan Sheikh Mishary Rashid Alafasy, dalam ebook tersebut mengandungi video berserta grafik belajar membaca surah-surah lazim  bersama tuan Sheikh. Insya Allah ebook ini saya perlu buat sedikit suntingan lagi supaya failnya lebih kecil lagi dan dibuat surahnya secara berasing dalam satu fail.

Anda boleh teroka di seluruh web saya ini, atau di bawah ini saya sediakan link e-book yang mungkin dicari oleh anda :-

1. Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih

Kepada anda yang dah terlupa macam mana nak buat solat Tarawih, sila klik pada tajuk di atas untuk memuat turun ebook tersebut.

2. Persoalan Ramadhan

lengkap mengenai apa jua Insya Allah, persoalan anda mengenai ibadat puasa termasuklah untuk membaca niat puasa, sila klik pada tajuk di atas untuk memuat turun ebook tersebut.

3. Risalah Tafaqquh 1 – Fatwa-fatwa Penting dan Terkini Berkaitan Puasa

Dalam e-book ini dimuatkan 49 soalan berserta jawapan ringkas mengenai kemusykilan puasa yang biasa ditanya oleh orang ramai. Dalam risalah ini dijelaskan secara ringkas mengenai hukum sesuatu perkara sebagai rujukan orang ramai yang ingin mengetahui akan hukumnya sahaja. Sila klik kepada tajuk di atas untuk memuat turun ebook tersebut.

jika terdapat masalah berkaitan dengan ebook ini sila alamatkan kepada saya di pelitasufi{at}yahoo dot com. terima kasih dan Assalamualaikum W.B.T.

Aside | Posted on by | Tinggalkan komen